Tempat Perlindungan Dan Pengisian Kasih Sayang
Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih (RJK) lebih
dikenali sebagai Rumah Jalinan Kasih merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) dan Organisasi Bukan Keuntungan (NPO) yang ditubuhkan pada tahun 2019. Rumah Kebajikan ini diusahakan untuk melindung
dan mengisi kasih saying kepada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa penderaan
seksual dan ibu tunggal yang kebanyakan dihantar ke sini oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat.